Hewlett Packard (HP) adalah sebuah syarikat multinasional Amerika Syarikat yang berpengkalan di Palo Alto, California. Syarikat teknologi ini sudah sinonim dengan pembuatan barangan komputer termasuk hardware, software juga menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat kepada perniagaan dan badan-badan kerajaan.
Hewlett Packard Israel
HP merupakan antara pelabur terbesar yang melabur di Israel. Pelaburan HP di Israel melibatkan makmal R&D terbesar di Israel yang terletak di bandar Haifa. Makmal R&D HP di Israel juga sudah bertapak di Haifa semenjak 20 tahun yang lalu.
Selain daripada menjadi pusat kepada kajian dan pembangunan produk di Israel, HP juga menerima kontrak pertahanan bernilai ratusan juta daripada kerajaan Israel. Salah satunya adalah sistem pengenalan biometrik dan kamera yang digunakan untuk menekan kebebasan pergerakan penduduk Palestin:
HP merupakan antara pelabur terbesar yang melabur di Israel. Pelaburan HP di Israel melibatkan makmal R&D terbesar di Israel yang terletak di bandar Haifa. Makmal R&D HP di Israel juga sudah bertapak di Haifa semenjak 20 tahun yang lalu.
Selain daripada menjadi pusat kepada kajian dan pembangunan produk di Israel, HP juga menerima kontrak pertahanan bernilai ratusan juta daripada kerajaan Israel. Salah satunya adalah sistem pengenalan biometrik dan kamera yang digunakan untuk menekan kebebasan pergerakan penduduk Palestin:
Kontrak pertahanan yang melibatkan Israel Defence Forces bukanlah suatu yang asing untuk HP kerana sepanjang penglibatan pelaburan dan perniagaan HP di Israel, sudah berbillion Shekel nilai kontrak dianugerahkan kepada HP. Pada tahun 2006, salah satu cabang IDF iaitu Tentera Laut Israel telah menganugerahkan bernilai jutaan Shekel kontrak kepada HP untuk menyelenggara, mengawal selia pengurusan dan operasi teknologi maklumat Tentera Laut Israel:
Penarikan Pelaburan dari HP
Beberapa firma pelaburan dan badan-badan pengurus dana telah pun menarik pelaburan (divest) mereka daripada syarikat HP atas sebab pelanggaran undang-undang antarabangsa dan pencabulan hak penduduk Palestin yang jelas antaranya Friends Fiduciary Corp dan Gereja Presbyterian.
Apa Yang Kita Boleh Lakukan di Malaysia?
Pemboikotan produk HP adalah langkah yang kecil yang mungkin tidak akan memberi banyak kesan kepada HP. Walaubagaimanapun sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin kami menggalakkan anda semua untuk tidak menggunakan produk HP. Produk alternatif kepada HP sangat banyak di pasaran dan HP tidak memonopoli pasaran komputer dan perisian di Malaysia.
HP berpengkalan di Singapura dan hanya mempunyai unit sokongan kepada individu dan perniagaan bagi produk mereka di Malaysia. Mereka tidak mempunyai kilang pemasangan atau pengujian di Malaysia.
Selain daripada itu kita juga boleh menyebarkan kesedaran kepada umum tentang penglibatan terus HP dengan Israel terutamanya pihak tentera mereka IDF. Berbanding dengan McDonald's yang tidak mempunyai kaitan atau hubungan langsung dengan tentera Israel yang membantai penduduk Palestin di Gaza dan merampas tanah penduduk Palestin di Tebing Barat eloklah kita memfokuskan kepada HP.
Penutup
Sejak kebelakangan ini semakin kurang kedengaran suara yang membela penduduk Palestin dan mengutuk kekejaman Israel. Adakah ini menandakan bahawa kita hanya mengambil berat semasa Gaza diserang? Hanya anda sendiri yang boleh menjawab persoalan itu.
Sengaja kami lewatkan pengeluaran maklumat berkaitan syarikat-syarikat dan produk-produk yang berkaitan dengan regim zionis untuk melihat sama ada kesedaran tentang kekejaman Israel di Palestin hanya bermusim atau konsisten berterusan.
Kami di BDS Movement Malaysia berharap ianya bukanlah kesedaran bermusim. Maklumat-maklumat tentang syarikat dan produk Israel akan terus dikeluarkan di masa akan datang secara berperingkat supaya kita semua sentiasa sedar selagi rakyat Palestin ditindas, dibunuh dan dirampas hak mereka, selagi itu kita patut menekan mereka dan bersolidariti dengan penduduk Palestin.
Kepedulian jangan hanya sementara, kita harus terus menyokong aspirasi rakyat Palestin untuk hidup secara bebas tanpa perlu takut ditindas, diserang dan dizalimi oleh Israel.
No comments:
Post a Comment